
Sudah banyak kali rakyat dikejutkan dengan berita tahanan mati didalam lokap atau penjara, dan menjadi kebiasaan pihak polis akan cuba menutup kes dengan memberi alasan yg membodohkan rakyat!!! walaupun memang sesetengah rakyat malaysia senang diperbodohkan.. tapi kalau dah berkali2 diperbodohkan akhirnya mereka menyedari juga ada yg tak "kena". jangan kita ambil cth yg lama yg mungkin rakyat sudah lupa.. tebaru suspek yg sedang disoal siasat (A.kugan) mati dibelasah ketika disoal siasat dalam tahanan polis, rakyat memang terhutang budi dgn polis kerana menjaga keamanan negara, tapi mungkin dah sampai masanya polis mengubah cara "BRUTAL" dlm sesi soal siasat terhadap "suspek" cara "BRUTAL" ini lah penyebab kematian suspek dlm tahanan..

Bayangkan kalau terjadi kpd kiter atau saudara mara kiter (sudah tentu kita tidak mahu diperlakukan sebegitu.. kalau dah dibelasah separuh mati dari tak bersalah terpaksa mengaku bersalah kerana tidak tahan dengan siksaan.. bertapa besarnya kuasa polis menghukum suspek yg belum tentu betul2 bersalah.. dalam kes a.kugan rakyat mula dibodohkan dgn alasan kugan mati mengejut dalam tahanan polis, dgn alasan yg sukar diterima pakai alasan mula diperinci dgn mengatakan setelah dibedah siasat kematian kugan disebabkan paru berair.......... Tapi kaum kerabat s.kugan masih tidak mau diperbodohkan.. maka mereka mahu bedah siasat bebas diadakan.. nah!! mana nak disorok lagi polis2 yg membelasah a.kugan ini
Laporan bedah siasat bebas yang dilakukan oleh seorang pakar patologi atas permintaan keluarga A Kugan, menunjukkan tahanan polis itu mati akibat kegagalan buah pinggang, akibat teruk dibelasah.
Menurut laporan bedah siasat kedua itu, akibat dibelasah, sel-sel otot Kugan gagal berfungsi, dan keadaan ini mengakibatkan aliran darah tersekat, dan seterusnya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi.

Terdapat satu lakaran yang menunjukkan bahawa Kugan mengalami pendarahan dalaman yang serius akibat teruk dibelasah.
Laporan bedah siasat bebas itu dilakukan selepas keluarga mangsa tidak berpuashati dengan laporan bedah siasat awal di Hospital Serdang bahawa Kugan mati akibat terdapat cecair di dalam paru-parunya.
Kugan mati ketika disoal siasat dalam tahanan polis pada 20 Januari lalu. Sebelum kematiannya, mangsa ditahan lima hari berhubung kes kecurian kereta mewah.
Ekoran pendedahan satu video klip yang menunjukkan kecederaan pada badan Kugan serta tekanan awam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikan semula ia sebagai kes bunuh.
DAH TERBUKTI TERJADI SIKSAAN PADA TAHANAN BARU NAK AMBIL TINDAKAN INI AMAT MENGECEWAKAN RAKYAT!!!! KALAU BOLEH SOROK NAK SOROK LG TU... TAPI DAH TAK BOLEH!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan