Rabu

SEDEKAH LEMBU RASUAH???

Wakil surau dan masjid di Bandar Tun Razak yang menerima 46 ekor lembu korban daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan terhadap beliau yang didakwa telah menyalahgunakan dana kerajaan Selangor untuk tujuan tersebut. khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 06Kira-kira 60 orang menyertai perhimpunan tersebut di hadapan Pejabat Khidmat Komuniti ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kira-kira jam 3 petang tadi. Abdul Khalid adalah ahli Parlimen kawasan tersebut. Mereka membawa sepanduk berbunyi "BN dikejar roh 46 ekor lembu" dan "Prinsip kami dari rakyat untuk rakyat" sambil melaungkan "Hidup Tan Sri Khalid" beberapa kali. Manakala kain rentangnya antaranya berbunyi, "Sedekah lembu adalah jariah bukan rasuah" dan "YB Tan Sri Khalid Ibrahim terima kasih kerana memberikan kami lembu untuk korban Aidiladha" khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 05Perhimpunan aman selama sepuluh minit itu turut diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis. Penduduk kecewa Sebelum ini, Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Khalid menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban untuk mengedarnya kepada penduduk di situ sewaktu Hari Raya Korban Disember lalu. Sementara itu, Pengerusi Surau Firdaus, Ghazally Salim, melahirkan rasa kecewa kerana pemberian lembu tersebut dipersoalkan dan dipolitikkan. khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 03"Kami kecewa mengapa amalan baik Tan Sri Khalid Ibrahim ini dipersalahkan dan dituduh mengamalkan rasuah? "Padahal ini adalah sumbangan terus oleh PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan anak syarikat kerajaan negeri. "Amalan sebegini sepatutnya digalakkan bukan dipersoalkan," tegas Ghazally dalam sidang media tersebut yang turut dihadiri kira-kira 15 wakil surau dan masjid di parlimen tersebut. Ghazally mendakwa ramai penduduk di parlimen tersebut adalah anak jati negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan. Adakan solat hajat khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 ghazally salim"Adakah kerana Bandar Tun Razak telah dijadikan Wilayah Persekutuan, maka kami tidak lagi berhak berkongsi sedikit kekayaan dan manfaat dari Selangor? "Sebahagian besar daripada kami masih anak Selangor!" tegas Ghazally. Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli politik dari BN, Pakatan Rakyat, Gerak, SPRM dan rakayat Malaysia agar tidak mempolitikkan soal agama. "Kalau kita tidak mampu untuk bersedekah, janganlah disekat orang lain daripada bersedekah," kata Ghazally. Menurutnya, penduduk di situ juga akan mengadakan solat hajat dalam masa terdekat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan menteri besar Selangor itu.

SULTAN DI PANGGIL BINATANG

Kira-kira 2,000 penyokong Pemuda Barisan Nasional (BN) berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi bagi menyatakan taat setia kepada institusi Raja-raja Melayu.

Majlis yang dinamakan menjunjung kasih setia Tuanku itu dihadiri oleh pemimpin utama Pemuda BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Beberapa NGO Melayu seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan persatuan silat turut hadir di majlis tersebut.

Kebanyakan mereka memakai baju kuning yang tertulis perkataan ‘Daulat Tuanku’.

Mereka turut membawa sepanduk dan kain pemidang yang tertulis perkataan yang menyokong Raja-raja Melayu.

Program yang dianjurkan oleh Pemuda BN itu dimulakan dengan visual kesultanan Raja Azlan Shah yang memaparkan sejarah hidup baginda.

Beberapa peserta pula membacakan sajak yang menyatakan taat setia rakat kepada institusi Raja-raja Melayu.

Hadirin melaung-laungkan ‘Daulat Tuanku’ setiap kali institusi Raja-raja Melayu disebut oleh pengerusi majlis berkenaan, Datuk Idris Haron yang juga exco Pemuda Umno.

‘Kita tahu angkara siapa’

Antara pemimpin utama yang hadir ialah pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, naibnya, Khairy Jamaluddin dan pemimpin komponen BN yang lain.

Dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.

“Kita tahu angkara siapa ini semua. Inilah yang hendak memecahbelahkan orang Melayu,” katanya disambut jeritan nama Anwar dari kalangan hadirin.

Selain Hishamuddin, wakil komponen Pemuda BN lain turut berucap menyatakan taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambery Abdul Kadir turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Di akhir majlis, pemimpin Pemuda BN dan penyokong menyatakan ikrar taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Wakil Pemuda Umno Sabah menyerahkan warkah junjung setia kepada Hishammuddin untuk disembahkan kepada Sultan Perak.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Hishammuddin berkata, anak-anak muda yang ingin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kemelut politik di Perak patut diberi ruang dan dipantau supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam.

Beliau berkata cetusan semangat ini jika tidak dikawal, boleh menyebabkan huru-hara dan kekecohan.

“Sekurang-kurangnya kami tidak di jalanan..melontar batu dan sebagainya,” katanya.